SPRM sahkan tiada pertuduhan ke atas Murad, Anwar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengesahkan bahawa pihak mereka telah menjalankan siasatan Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan akuan bersumpah yang dibuat oleh penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Murad Khalid pada 26 Oktober 1999.

“Berdasarkan rekod SPRM, Badan Pencegah Rasuah ketika itu, telah membuka sebanyak enam kertas siasatan untuk menyiasat Anwar,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

“Enam kertas siasatan telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12 Ogos 2002 dan dan tiada pertuduhan dikenakan kepada mana – mana pihak.

SPRM membuat kenyataan di atas susulan kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir menyoal ketiadaan siasatan ekoran dakwaan Murad bahawa Anwar mempunyai RM3 bilion dalam lebih 20 akaun bank menerusi perisytiharan statutori.