Mansuh skim pencen penjawat awam, YB adil untuk rakyat Malaysia

Oleh AHMAD MURSI

Skim pencen itu bom jangka dan memakan sumber negara yang besar dan semakin membengkak.

Pada tahun 2022, negara berbelanja RM27.5 bilion dan pada 2023 belanja RM30.5 bilion.

Pada tahun 2040, dijangka cecah RM120 bilion.

Selama 20 hingga 30 tahun dibayar lepas bersara. Mungkin lebih lama. Selepas meninggal dunia, pergi ke isteri. Jika umur 98 tahun seperti Tun Mahathir, itu dah 38 tahun makan pencen.

Sebanyak 8 peratus daripada Belanjawan 2023 untuk bayaran pencen dan trend sedang menaik mungkin cecah satu per 10 daripada belanjawan negara.

Pelarasan pencen perlu dibuat seiring dengan kenaikan gaji.

Nak lantik kakitangan awam baru kena fikir besarnya bebanan kerajaan puluhan tahun lepas bersara untuk satu jawatan. Setiap 5 tahun, wakil rakyat baru ramai pula dilantik.

Jadi, guna sahaja skim KWSP sama seperti pekerja swasta. Kerajaan juga mencarum untuk kakitangan.

Itu lebih adil untuk anak cucu cicit kita dan puluhan juta rakyat Malaysia yang bukan kakitangan awam atau wakil rakyat yang masih belum lahir.

Adil kepada nelayan, petani, peniaga kecil, pemandu Grab, pekerja swasta, SME, suri rumah yang tidak terlibat dengan skim pencen.

Kerana mereka juga berhak terhadap wang negara untuk pembangunan pendidikan, hal kesihatan dan lain-lain untuk tahun-tahun mendatang.

Mereka turut menyumbang membangunkan dan mempertahankan negara sama seperti juga kakitangan awam dan wakil rakyat.