Ini sebenarnya musuh orang Melayu

Oleh NORMAN RADZUAN

Musuh orang Melayu bukan komunis sebab negara kita bebas komunis. Musuh kita juga bukan orang Cina kerana orang Cina tidak pernah menganggu perniagaan orang Melayu.

Jadi, siapa musuh kita orang Melayu?

Musuh sebenar orang Melayu bukanlah kerana kemungkinan kehilangan kuasa tetapi musuh kita bangsa Melayu adalah rasuah.

Musuh kita adalah gila kuasa untuk harta. Musuh kita kerana bangsa ini hanya sedikit berfikiran kritis hingga menjurus kepada ketaksuban dan berfikiran rasis.

Ini sebenarnya musuh orang Melayu. Orang Melayu apabila tidak kritis mereka lebih mudah dipengaruhi dan diperbodohkan.

Nama lebai berjanggut seperti malaikat membawa wahyu taksubnya mereka.

Cuba tanya kisah peniaga-peniaga Melayu. Yang berdengki perniagaan mereka itu siapa?

Mereka adalah bangsanya sendiri hingga ada yang ‘disantau’. Yang suka makan rasuah berdasarkan sejumlah kes mahkamah juga adalah orang Melayu.

Hinggakan hendak memancing ikan di sungai pun ada orang Melayu marah dan dengki. Itulah sikap bangsa kita.