Cuba kalau Alif Satar penyokong parti mereka…
Oleh NORMAN RADZUAN
Islam, Melayu, DAP dan Wahabi adalah kata-kata yang meniti di bibir pemimpin Pas dan Bersatu.
Kedua-dua parti ini kebetulan parti Melayu menggunakan pendekatan 4 ways to destroy enemies hingga menjadi ‘kata-kata azimat’ yang tersemat dalam hati orang Melayu.
Islam – Mereka bercerita merekalah yang paling Islam. Mereka yang tidak bersama mereka dikatakan Islam liberal, sekular, kafir dan wahabi sebagainya.
Hinggakan Alif Satar menganjurkan kempen Subuh seperti Jumaat pun menjadi bahan kritikan.
Kononnya jangan ikut kempen ini takut nanti diserap fahaman Wahabi. Cuba Alif Satar itu penyokong parti mereka, riuh rendah inilah Islam yang sebenar.
Melayu – Mereka menggunakan nama Melayu utk menarik sokongan Melayu. Mahathir contohnya bila ingin menjatuhkan lawannya akn gunakan istilah Demi Perpaduan Melayu. Konon Melayu terancam dan sebagainya. Nak tanya Tun anak dan kroni terancam atau bangsa Melayu?
DAP – Jika tiada DAP saya yakin PAS akn ditolak oleh org Melayu atas pagar. Apa sahaja isu negara dikaitkan Melayu.
Segala reform utk kebaikan negara dikaitkan dgn DAP… lalu saya terfikir bagaimana lah negara ini ingin maju jika begini pemikiran bangs Melayu.
Contoh sdgkan dari kerajaan dahulu membincangkan penghapusan pencen utk selamatkan negara menuju kpd sebuah negara muflis.
Apabila kerajaan yg ada skg bercadang utk melaksanakan pencen kpd KWSP maka pembangkang seperti dijangka tanpa rasa berdosa memfitnah menggunakan DAP sebagai peluru.
Maka dari semalam cytro2 upahan berkempen ini semua ini agenda DAP yg bencikan org Melayu kerana bangsa ini yg ramai sebagai kakitangan awam.
Teruk betul dan langsung tiada rasa bertanggungjawab utk menyelamatkan negara. Jika begini pembangkang yg kita ada maka negara ini akan terus terjerumus ke lembah muflis.
Mengapa org Melayu percaya? Berbalik kpd tidak berfikiran kritis. Hampir 40 tahun dahulu org Melayu percaya dlm kes Prebet Adam ‘amuk’ dlm aksi tembak menembak di Chow….kononnya arwah Adam mengamuk (adik atau abang) telah mati dibunuh oleh Almarhum Sultan Iskandar.
Sedangkan ia fitnah besar kpd Almarhum Sultan dan seperti peguam Syafie berkata ia sengaja diadakan utk memburukkan imej Raja2 Melayu ketika itu. Cerita itu hingga skg masih ramai org Melayu percaya.
Begitulah juga dgn DAP menjadi ‘kambing hitam’ oleh parti pembangkang sejak dulu. Org Melayu percaya DAP nak jadi Perdana Menteri dan kuasai negara…sebuah mitos sebaris kisah ‘Lebai Malang’. Namun ia adalah senjata paling ampuh….
Cukup fitnah perkauman segala kerosakan negara akibat rasuah, salah guna kuasa akan dihalalkan oleh rakyat Melayu atas nama DAP.
Wahabi – Wahabi adalah kisah lama yg belum berakhir hingga kini. Istilah ini digunakan oleh Ustaz2 parti politik apabila ditegur oleh mereka dikenali sebagai golongan salafi di negara ini.
Kerana kebanyakkan kelompok Salafi ini dilihat intelektual agama maka hujah terbaik utk melawan kelompok ini ialah menggelarkan mereka sebagai Wahabi.
Jika dgn parti lawan mereka digunakan istilah Islam Liberal, Islam Sekular, barua DAP dan bermacam mcm lagi.
Itulah PAS yg dianggap oleh sesetengah pihak sebagai khawarij akhir zaman. Seperti khawarij di era Rasulullah apabila kaum penentang yg menganggap hanya mereka sahaja yg benar sedangkan org lain semuanya salah.
Begitulah kisah yg sama berlaku kpd Hamka.Semua org Islam kenal Ulama Buya Hamka yg membawa perubahan pemikiran dlm masyarakat Melayu.
Di Malaysia ramai yg menyanjung Hamka. Namun ramai yg tidak tahu semasa hidupnya Hamka menghadapi cabaran dituduh sebagai wahabi dan dilarang menyampaikan kuliah di beberapa negeri khususnya Johor.
Ada tiga buah buku menarik yg ditulis oleh Hamka bertajuk Ayahku, Dari Hati Ke Hati dan Teguran Suci dan Jujur.
Antara yg Prof Buya Hamka sebut dlm buku itu mengenai tuduhan wahabi…
“Jika kami hendak dikatakan salah, adalah kerana kami yg mula2 membuka mata, yg mula2 menerangkan isi kitab yang tersembunyi….
Prof Hamka dlm buku Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor membela diri tentang tuduhan wahabi yg dilemparkan kpd gerakan pembaharuan ketika itu.
Kata Hamka “Memang apabila org kehabisan hujah dan alasan mereka pun kembali memakai perkakas fitnah. Dan inilah yg menyebabkan pecah belah umat Islam….”