‘Cytro’ PN kecewa ramai ahli Bersatu sokong PM, desak Mahiaddin letak jawatan

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin didesak oleh penyokongnya untuk meletakkan jawatan sebagai presiden Bersatu selepas kegagalan memastikan ahlinya setia kepada parti.

Keputusan sebahagian ahli Bersatu menyokong Perdana Menteri didorong atas rasa kecewa terhadap keengganan Mahiaddin dan pemimpin PN lain untuk berunding mengenai peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Salah seorang penyokong bernama Encik Richard mengatakan, bukan enam ahli Bersatu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi lebih daripada 15 orang bakal berbuat demikian – semuanya disebabkan peruntukan.

Akaun itu yang kerap menyerang kerajaan di X menjangkakan PN berkemungkinan bakal dibubarkan.

Mahiaddin

“Bukan 6 yang melompat, tetapi lebih daripada 15, semua sebab peruntukan. Eloklah Presiden letak jawatan.

“Malu dekat pejuang Palestin kena sekat sumber asas pun masih setia dan bertahan.

“Kita sebab nak peruntukan habis semua melompat. Berkemungkinan PN bakal dibubarkan,” katanya.

Ciapan itu menarik perhatian penyedia kandungan TikTok pro PN, Ratu Naga yang kemudian membidas, mengatakan PN lemah kerana orang sekeliling tidak menyokong.

Dia membandingkan dengan penyokong Pakatan Harapan yang tidak pernah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meletakkan jawatan.

“PN lemah sebab ada orang-orang keliling yang lemah tak menyokong Mahiddin & (Tan Sri Abdul) Hadi Awang. 

“Serang antara masing-masing. Masa PH jadi kerajaan ada tak orang-orang keliling PH suruh Anwar letak jawatan? Tak ada kan? 

“Yang melemahkan PN adalah mulut-mulut orang duk canang tarikh, hujung-hujung ahli Parlimen semua kena tekan jadi macam ini,” balasnya.

Situasi balas membalas itu menimbulkan tanda tanya, kelihatan saling berbalah sesama sendiri.

BACA JUGA Selepas usaha jatuhkan kerajaan gagal, walaun nekad nak hantar memo kepada tentera