Agong: Hentikan politik yang tidak berpenghujung

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang akan menamatkan khidmatnya sebagai Yang Dipertuan Agong telah meminta semua pihak menghentikan politik yang tidak berpenghujung.

Jika tiada langkah, dalam dua hari saya akan tamatkan khidmat bersama (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara pesanan terakhir, hentikan politik yang tiada berpenghujung dan berpolitiklah setiap lima tahun sekali sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Baginda juga menyeru rakyat Malaysia agar menjaga perpaduan sesama mereka. Baginda tidak mahu kelemahan dalam kalangan pemimpin rakyat mengucar-acirkan perpaduan rakyat.

“Buat pesanan terakhir untuk seluruh rakyat Malaysia, jagalah perpaduan. Semangat hidup bermasyarakat yang sepenuh… Itulah acuan sebenar untuk negara Malaysia yang sama-sama kita cintai.

“Saya amat sedih andai perpaduan yang telah kita usahakan ini runtuh kembali akibat kelemahan dan kealpaan kita.”

Baginda akan digantikan oleh sultan Johor sebagai Agong pada 31 Januari.