HTO, DHD fokus utama Dr Dzulkefly tahun ini

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengumumkan pelaksanaan Pejabat Transformasi Kesihatan (HTO) dan Bahagian Kesihatan Digital (DHD) dalam tahun ini.

Ia akan melibatkan pelbagai kementerian.

“Ini cabaran bagi saya untuk melunaskan tahun ini,” kata beliau.

Ia merupakan antara fokus utama Dr Dzulkefly untuk empat tahun akan datang.

Beliau turut mengumumkan pembiayaan kesihatan yang akan melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Transformasi kesihatan dari penjagaan sakit kepada penjagaan kesihatan kesihatan pernah diumumkan oleh pentadbiran terdahulu.

Bahagian Kesihatan Digital sebelum ini pernah mengurus aplikasi MySejahtera.

Dr Dzulkefly turut menyentuh isu pembiayaan kesihatan.

Menurut beliau, pembiayaan tersebut akan mendapatkan penyertaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Â