Daim didakwa hari ini

Mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, 85, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini di bawah seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mengisytiharkan 71 aset yang melibatkan akaun, kenderaan, syarikat, tanah, rumah dan bangunan.

Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Zainuddin akan didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi jam 9 pagi ini.

Dakwaan sepatutnya dilakukan lebih awal namun telah ditangguhkan kerana beliau dimasukkan ke hospital selama lebih dua minggu.

Beliau telah ditahan pada 26 Januari dan dilepaskan dengan ikat jamin.

Isteri beliau Toh Puan Naimah Abdul Khalid telah didakwa atas tuduhan kegagalan mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan hartanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.