Kepimpinan baru Pemuda Amanah di semua negeri kecuali Sarawak

Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Pemuda AMANAH Nasional hari ini mengumumkan barisan kepimpinan baharu melibatkan Ketua Pemuda di setiap negeri kecuali Sarawak bagi sesi 2023-2026.

Setiausaha Pemuda AMANAH Nasional, Ahmad Shahir Mohd Shah berkata, pihaknya telah melantik Naib Ketua Pemuda iaitu Rendy Ismail bagi menguruskan proses pencalonan Ketua Pemuda di negeri Bumi Kenyalang itu.

”Keterbukaan dalam proses pencalonan ini telah memberikan ruang yang luas kepada akar umbi Pemuda AMANAH di setiap negeri untuk mencadangkan nama Ketua Pemuda negeri dengan mengambil kira kemampuan dan komitmen yang akan diberikan oleh mereka yang dilantik untuk memacu Pemuda AMANAH di peringkat negeri masing-masing.

”Proses pelantikan berjalan juga dengan baik dan ia telah dibincangkan oleh JKP Pemuda AMANAH Nasional dengan mengambil kira pelbagai faktor dan pemberat yang berkait dengan hala tuju pasukan pemuda untuk sesi kali ini,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Shahir mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang telah dilantik dan berharap mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik dan amanah.

Berikut merupakan senarai nama bagi lantikan baharu itu:

  1. PERLIS – DR AHMAD FADHZIL MOHAMAD
  2. KEDAH – MUAIN AHMAD SHUKRI
  3. PULAU PINANG – MUHAMMAD KHAIRUL MOHD ALI
  4. PERAK – KHAIROL NAJIB HASHIM
  5. SELANGOR – DANIAL AL-RASHID HARON
  6. WILAYAH PERSEKUTUAN – MUHAMMAD FARIS ARRIFFIN
  7. NEGERI SEMBILAN – MOHD HANIS ALIMIN
  8. MELAKA – AKMAL A. KARIM
  9. JOHOR – MUHAMMAD TAQIUDDIN CHEMAN
  10. PAHANG – WAN MUHAMMAD RAHMAT WAN HASHIM
  11. TERENGGANU – WAN MOHD HASBI HALIQ WAN AHMAD
  12. KELANTAN – MOHD ZULHAZMI HASSAN
  13. SABAH – SALLEH JATIL