Pulau Pinang kekal penyumbang terbesar nilai eksport Malaysia

Pulau Pinang mengekalkan kedudukan di tangga teratas sebagai penyumbang terbesar eksport kepada jumlah dagangan Malaysia.

Negeri tersebut menyumbang 31.5% dari jumlah dagangan eksport yang bernilai RM118.5 bilion untuk bulan Disember 2023.

Negeri lain yang turut menjadi penyumbang besar ialah Selangor 17.4%, Johor 17.2%, Sarawak 9.4% dan Kuala Lumpur (5.6%), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Trend peningkatan eksport dari tahun ke tahun terlihat di Kedah (RM850.4 juta), Terengganu (RM673.6 juta), Kuala Lumpur (RM539.8 juta) dan Pahang (RM58.0 juta).

Negeri -negeri lain mencatatkan penurunan eksport tahun ke tahun menyebabkan eksport menurun sebanyak 10% atau RM13.2 bilion.

Nilai import tahun ke tahun meningkat 2.9% atau RM3 bilion.

Selangor mencatatkan peratus import tertinggi dengan 26.2%, diikuti oleh Pulau Pinang (22%), Johor (21.8%), Kuala Lumpur (7.8%) dan Kedah (5.5%).