Malaysia peroleh 50 mata CPI, kedudukan ke-57
Malaysia memperoleh 50 mata dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International pada tahun 2023 berbanding 47 mata pada tahun sebelumnya.
Skor CPI Malaysia pada 2019 ialah 53 manakala pada pada 2020 ialah 51 dan 48 pada 2021.
Skala 0 ialah skor sangat korup manakala 100 sangat bersih.
Dari sudut kedudukan Malaysia menduduki tangga ke 57, naik empat tangga.
Peningkatan mata, menurut Transparency International-Malaysia adalah disebabkan oleh peranan proaktif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara dalam mendakwa dua bekas perdana menteri – Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Peralihan kuasa yang lancar pasca PRU 2018 dan 2022 menurut badan tersebut menunjukkan kewujudan dan penghormatan terhadap prinsip demokrasi.
TI-M turut memerhati perkembangan positif yang diterajui kerajaan perpaduan – penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan tadbir urus baik, siasatan berterusan terhadap kekayaan bekas ahli politik yang tidak didedahkan, dan kerajaan menetapkan sasaran CPI kebangsaan dalam tempoh 10 tahun sebagai petanda positif.
Anwar pada Julai 2023 menyasarkan Malaysia berada di antara 25 negara teratas dalam CPI menjelang 2033.
Â