Pencen vs KWSP

Oleh ALCE

KENAPA AHMAD LEBIH MISKIN DARIPADA AH CHONG?

Kenapa Ahmad lebih miskin daripada Ah Chong?

Ahmad seorang penjawat awam.
Bekerja 30 tahun.
Bergaji RM4,000 sebulan.
Tiada KWSP.
Tapi ada pencen.

Ah Chong seorang pekerja swasta.
Pun bekerja 30 tahun.
Pun bergaji RM4,000 sebulan.
Ada KWSP.
Tapi tiada pencen.

Di antara Ahmad dan Ah Chong, tempoh bekerja mereka sama, gaji mereka pun sama. Yang berbeza cuma cara penyimpanan wang untuk masa pencen.

Ahmad mengambil pencen kerajaan, manakala Ah Chong menyimpan dalam KWSP.

Tetapi masa bersara pada umur 60 tahun, Ahmad lebih miskin daripada Ah Chong. Kenapa?

A. AHMAD

Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ahmad tidak mempunyai durian runtuh.

Namun, boleh menerima pencen sebanyak RM2,400 sebulan (kadar maksima 3/5 gaji terakhir Ahmad).

RM2,400 X 12 bulan X 20 tahun = RM576,000

-> Ahmad ketika pencen tiada “durian runtuh”, nak claim durian runtuh RM576,000 itu kena tunggu 20 tahun hinggalah cecah usia 80 tahun.

Sebabnya, pencen diberi secara bulanan. Itu pun kalau setiap sen daripada pencen Ahmad tidak disentuh selama 20 tahun.

B. AH CHONG

Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ah Chong tidak mempunyai pencen sebanyak RM2,400 sebulan, tetapi mempunyai durian runtuh RM765,375 dalam KWSP. Boleh ambil keluar terus.

RM4,000 X 24% (11% + 13%) X 30 tahun = RM765,375

-> Ah Chong masa pencen mempunyai “durian runtuh” RM765,375, tidak perlu tunggu 20 tahun seperti Ahmad.

Dua individu yang mempunyai nasib berbeza, gara-gara skim bersara yang berbeza.

Ah Chong dapat durian runtuh RM765,000 sejurus selepas bersara. Ah Chong boleh pilih sama ada nak melancong, nak membuat pelaburan di tempat lain, nak buka perniagaan sendiri, suka hati dialah.

Ahmad pula, tak boleh melancong, takde modal melabur, takde modal berniaga. Setiap hari mengharap hujung bulan tiba secepat mungkin je, supaya dapatlah pencen bulanan sebanyak RM2,400.

———————

Ah Chong lebih bernasib baik di waktu bersara kerana menguasai ilmu dan kuasa “compounding interest” dalam bab pengurusan kewangan.

Compounding interest ini bukan biashe-biashe.

Bank buat untung sebab kelewatan membayar kad kredit, bank buat untung daripada pinjaman rumah, semuanya berdasarkan “compounding interest”.

“Compounding interest” dalam dua contoh tersebut memihak kepada bank di mana pengguna membayar kepada bank.

Tetapi “compounding interest” sebenarnya boleh juga diaplikasikan untuk menguntungkan pengguna, iaitu melalui simpanan dalam KWSP.

Faham bab compounding interest, fahamlah kenapa orang kaya suka simpan duit duduk dalam KWSP.

Masa Covid-19, kaum yang paling enggan mengeluarkan KWSP walaupun dibenarkan, ialah orang Cina. Ini fakta. Statistik membuktikannya.

Ini kerana masyarakat Cina tahu, sekali usik KWSP, “compounding interest” akan terkesan. Pukul sampai mati pun tak nak sentuh KWSP.

Jadi, pelan kerajaan menukar skim pencen kepada KWSP ini bukanlah sesuatu yang buruk.

Namun, boleh menguntungkan penjawat awam pada masa akan datang juga, selain memastikan sumber kewangan sedia ada boleh diguna sebaik mungkin.