Pindah atau pulang ke tanah air, Wisma Putra nasihati rakyat Malaysia di Yaman

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) menasihatkan rakyat Malaysia di Yaman untuk berpindah atau pulang ke Malaysia secara sukarela dalam keadaan semasa di mana Amerika Syarikat menyasarkan kawasan-kawasan kawalan Houthi.

Houthi terlibat dalam serangan ke atas kapal-kapal laut di Laut Merah.

Terdapat 376 rakyat Malaysia yang telah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman.

“Kedutaan Besar Malaysia di Muscat sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia di Yaman dan melaporkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat,” kata kementerian tersebut.