Bibit-bibit awal kemesraan PMX, Agong hancurkan hati walaun
Detik-detik istiadat keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Dataran Istana Negara yang disambut oleh Perdana Menteri dilihat menarik perhatian rakyat.
Sejurus keluar dari kenderaan yang tiba di Istana Negara pada pagi tadi, Sultan Ibrahim dilihat berkata sesuatu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Spontan itu juga, Perdana Menteri membetulkan kedudukan satu pingat pada pakaian istiadat Sultan Ibrahim.
Tindakan bersahaja dan tertib Perdana Menteri itu turut mengundang reaksi warga maya dengan mengaitkan reaksi penyokong tegar pembangkang atau mesra dipanggil walaun.
Rata-rata berpendapat bibit-bibit awal kemesraan Sultan Ibrahim dan Anwar sebenarnya menghancurkan hati walaun yang tidak sudah-sudah mahu menumbangkan Kerajaan Madani.
“Ada yang panas, tapi bukan cuaca.
“Macam kawan-kawan. Ada yang menggigil ketakutan iaitu parti sesat logo bulan.
“Perdana Menteri, hensem tak beta hari ini?”, ujar Tuanku sambil memperbetul pingat-pingat pada uniform baginda.
“Gandingan hebat PMX & YDPA. Saya yakin gadingan ini akan mencipta sejarah yang positif untuk negara,” demikian antara komentar warga maya di laman X.
Tercipta sejarah gemilang hari ini apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun.
Pemasyhuran Seri Paduka itu bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong semalam.
Â