Hukuman penjara Najib dikurangkan ke 6 tahun: CNA

Hukuman penjara mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah dikurangkan dari 12 ke 6 tahun oleh Lembaga Pengampunan, menurut sumber, lapor CNA.

Lembaga Pengampunan belum mengumumkan keputusan rasmi.

Keputusan lembaga tersebut turut mengurangkan jumlah denda namun jumlah tersebut tidak diketahui. Jumlah denda asal ialah RM210 juta.

Pengampunan diraja separa ini diberikan kurang dua tahun selepas Najib dipenjarakan.

Beliau dijangka dibebaskan dalam bulan Ogos 2028.

Tempoh hukuman boleh dikurangkan berdasarkan kelakuan baik, seawal Ogos 2026.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan bahawa Najib menerima pengampunan sebelum menarik balik laporan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini melaporkan bahawa pengumuman oleh Lembaga Pengampunan besar kemungkinan tidak akan dibuat hari ini.

Ini adalah untuk menghormati majlis angkat sumpah Sultan Ibrahim sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-17.