Malaysia terserlah dalam pelbagai indeks antarabangsa

Malaysia berjaya meningkatkan kedudukan dalam pelbagai indeks, setahun selepas Kerajaan Perpaduan memerintah.

Di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Trnasparency International. Malaysia mendapat 50 mata di tangga 57.

Kedudukan ini mengatasi China dan Kuwait. China memperoleh 42 mata di tangga ke 76.

Kuwait hanya mendapat 46 mata di tangga ke – 63.

Di dalam Indeks Daya Saing, Malaysia meningkat lima anak tangga dari kedudukan ke 32 ke kedudukan ke 27.

Indeks ini mengukur prestasi ekonomi, pentadbiran kerajaan, perniagaan dan infrastruktur.

Di dalam Laporan Indeks Kebahagiaan pula, Malaysia memperbaiki kedudukan sehingga memperoleh kedudukan ke 55 berbanding tahun 2022 di kedudukan 70.

Di dalam Indeks Kualiti Hidup, peningkatan kedudukan adalah kecil. Dalam tempoh tahun, Malaysia naik tiga anak tangga dari 46 pada tahun 2013 kepada 43 pada 2023.

Malaysia turut mencatatkan peningkatan yang baik dalam Indeks Kebebasan Media dengan kedudukan sebanyak 40.

Pada tahun 2022, Malaysia di kedudukan ke 113, naik ke 73 pada 2022, menurut Reporters With Borders.

Malaysia telah memperoleh 62.83 mata dalam indeks ini.

Â