NADMA: Mangsa banjir Terengganu 473 orang
Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang yang berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun setakat 8 malam tadi, menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), lapor Bernama.
Tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mendapati paras air beberapa sungai di Johor, Kedah, Pahang, Perlis, Sabah dan Terengganu berada pada tahap bahaya.
Situasi itu melibatkan Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor), Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah), Sungai Pahang di Bera dan Sungai Rompin di Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).
NADMA turut memaklumkan 18 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor; Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang dan Jalan Sungai Sok – Chucuh Puteri di Kuala Krai, Kelantan.
Â