Mahasiswa PKR rayu Lembaga Pengampunan tolak permohonan Najib

Mahasiswa PKR memohon agar Lembaga Pengampunan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.

Menerusi satu kenyataan, Mahasiswa PKR berkata, bekas Ahli Parlimen Pekan itu telah didapati bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd oleh tiga mahkamah dan sembilan hakim

Justeru kumpulan pelajar itu memintar agar pemimpin negara menjadikan kes Najib sebagai pengajaran agar pemimpin tidak mengejar ghanimah apabila berkuasa kerana kebenaran tetap akan muncul.

“Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

“Setakat ini, kerajaan Malaysia sudah membayar jumlah keseluruhan hutang Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM43.8 bilion, dengan baki hutang yang belum dibayar berjumlah RM9.7 bilion, membabitkan prinsipal RMS bilion dan faedah RM4.7 bilion.

“Hutang-hutang 1MDB ini terpaksa ditanggung oleh rakyat secara bergenerasi. Berapakah sekolah dan hospital boleh dibina jika syarikat tersebut tidak wujud?” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Mahasiswa PKR menegaskan pihaknya menolak amalan bobrok rasuah dan penyelewengan.

Â