Pemandu lori mangsa doktrin Khawarij Pas

Oleh AHMAD MURSI

Saya sedih membaca kisah pemandu lori dipenjara 6 bulan akibat tawarkan RM5 juta untuk sesiapa yang bunuh PMX.

Sedih kerana dia telah jadi mangsa akibat terinspirasi dengan doktrin politik Khawarij Pas atas dasar semangat ‘pertahan Islam’.

Kerja hanya pemandu lori, menanggung 2 anak berumur 7 dan 8 tahun, isteri tidak bekerja, menanggung ibu yang sakit jantung, kelengkapan sekolah anak belum dibeli dan hutang keliling pinggang.

Tentulah tidak ada sebarang justifikasi untuk mewajarkan tindakan jenayahnya. Pengajaran perlu diberi kepada masyarakat.

Namun, ini satu daripada beribu-ribu contoh fikrah Khawarij meresap dalam jiwa penyokong Pas dan diluahkan di media sosial.

Ramai membuat ugutan dan melakukan dosa besar Qazaf kerana pimpinan Pas telah mencipta persepsi bahawa hal itu adalah wajar demi perjuangan.

Saya kasihan kerana satu masa nanti mereka akan tersedar bahawa pemimpin Pas telah menyesatkan mereka. Mereka muflis akibat mempermainkan maruah peribadi.

Pemimpin Pas di atas pula enjoy dengan gaji dan elaun ahli Parlimen yang besar, pencen berlapis-lapis. Sekurang-kurangnya nikmat di dunia.

Haji Hadi yang dulu menanam dan mencetus fenomena Khawarij, kini hidup dengan pencen MB, Duta Khas bertaraf Menteri, Ahli Parlimen, ADUN. Pencen berlapis-lapis.

Rakyat miskin yang kurang berpendidikan dan terinspirasi dengan doktrin Khawarij akhirnya menjadi mangsa.

Hentikanlah doktrin melampau hingga pupuk kebencian seolah-olah melawan ‘musuh Islam dan halal darah’ sebelum tragedi Memali berulang.

Fokuslah isu polisi dan negara.

BACA JUGA Tawar RM5 juta tembak PM, lelaki menangis dipenjara 6 bulan