Raja Charles III mahu bekerjasama dengan Agong untuk menangani perubahan iklim, alam sekitar mampan

Raja Britain, Raja Charles III mahu bekerjasama dengan Yang Di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim dalam usaha menangani perubahan iklim dan memperbaiki alam sekitar yang mampan.

Baginda menyatakan demikian menerusi X ketika mengucapkan tahniah kepada Sultan Ibrahim yang telah dimasyhurkan sebagai Agong ke-17.

“Saya mahu bekerjasama dengan anda untuk memastikan ikatan di antara kedua negara kita, dan keluarga, kekal kukuh dan bekerjasama dengan anda berhubung perkara yang penting berkaitan negara kita dan dunia,” kata Raja Charles III.

“Secara khususnya saya harap kita boleh bekerjasama menangani perubahan iklim dan memperbaiki alam sekita yang mampan.

“Ini ialah isu global yang akan memberi kesan kepada hidup kita dalam tahun-tahun yang mendatang,” kata baginda.

Baginda turut mengimbau lawatannya ke Malaysia, yang terakhir pada tahun 2017.

BACA JUGA: Agong mulakan tugas hari ini