Sukatan baru prasekolah sedang dimuktamadkan

Sukatan baru prasekolah sedang dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan. Pengumuman rasmi berkenaan perkara ini akan dibuat selepas itu.

Ini kerana perkara isu ini telah pun diputuskan oleh Jemaah Menteri, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Sukatan ini tidak terpakai untuk institusi pendidikan swasta.

“Jawatankuasa Prasekolah KPM (Kementerian Pendidikan) akan berbincang untuk ‘fine tune’ semua perincian,” kata Wong, lapor Sinar Harian.

“Bagaimanapun, silibus baharu ini hanya melibatkan prasekolah kerajaan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Negeri Perak kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sekolah Menengah Kebangsaan Yuk Choy di Ipoh, Perak.