PM Anwar seru hormati keputusan Lembaga Pengampunan

Perdana Menteri menyeru supaya semua pihak menghormati keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dan semua pihak perlu menghormatinya.

“Saya menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ketika itu. Sekarang kita mempunyai Yang di-Pertuan Agong baharu.

“Apapun yang dirasakan oleh mana-mana pihak, sudah semestinya ia bersifat politik, ada yang menyokong, ada yang sebaliknya.

“Namun, mereka tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa mereka perlu menghormati hak semua yang disabitkan kesalahan untuk merayu kepada Lembaga Pengampunan.

“Kini Lembaga Pengampunan telah membuat keputusan. Jika ada pihak yang berpuas hati maka ia dianggap sebagai keputusan yang adil.

“Jika tidak berpuas hati maka mereka masih boleh mengemukakan rayuan,” katanya ketika ditemu bual dalam program Al Jazeera Mubasher hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan permohonan pengampunan Najib.