Ini 12 fakta pengampunan Najib

Oleh AHMAD MURSI

  1. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa mutlak mengikut Perlembagaan dalam hal pengampunan dan pengurangan hukuman banduan.

2. Kesalahan itu mestilah dibicarakan atau dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan.

3. Semua banduan berkaitan mempunyai hak untuk memohon.

4. YDPA berkuasa penuh memberi pengampunan sama ada dengan atau tanpa mendengar nasihat dari Lembaga Pengampunan.

5. Petisyen hanya boleh difailkan oleh banduan, keluarga atau peguam yang dilantik dan Jabatan Penjara.

6. YDPA sendiri mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan.

7. Ahli-ahli Lembaga Pengampunan ialah Peguam Negara, Menteri Wilayah dan 3 ahli yang dilantik oleh YDPA.

8. Pemberian pengampunan bukan dalam skop kuasa pentadbiran kerajaan atau eksekutif.

9. Peguam Negara memberi nasihat dan pendapat dari sudut undang-undang, namun YDPA berkuasa mutlak dalam membuat keputusan.

10. Keputusan YDPA tidak boleh dicabar di mahkamah termasuk isu sama ada YDPA menerima nasihat Lembaga Penasihat atau tidak.

11. Lembaga Pengampunan adalah Mahkamah Belas Kasihan (Court of mercy) dan bukan Mahkamah Undang-Undang biasa (court of law).

12. Lembaga Pengampunan tidak melepaskan sabitan bersalah DS Najib tetapi hanya meringankan jumlah hukuman.