Pengampunan separuh tebus jasa Najib

Oleh LIYANA MARZUKI

Ramai yang bertanya, kenapa saya tidak vocal terhadap isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Ini fitrah si Pendakwaraya saya kira. Kita berjuang pertahankan kes dan kita menang.

Atas tangan kita (dan mahkamah) pesalah dihumban ke penjara. Pada kita, kita sudah jalankan amanah yang ada.

Peringkat seterusnya ialah pengampunan Di-Raja. Lembaga Pengampunan dan YDPA punya kerja.

Kalau kurang sebulan masuk penjara, terus diampunkan semua, kita geram jugalah. Penat bekerja tak habis lagi.

Tapi kalau diputuskan, diampunkan selepas separuh tempoh hukuman, saya rasa kebanyakan Pendakwaraya boleh terima.

Itu perkara standard. Ada duluan sebelum ini. Bukan untuk kes ini sahaja. Kes DS Harun Idris dan TS Mokhtar Hashim pun sama dulu. Dah banyak juga kes pengampunan orang marhaen.

Itu sebab kita tengok banyak lawyer chill saja isu pengampunan DSNR ini. Bukanlah out of norm. Lainlah kalau untuk hukuman 12 tahun, baru habiskan setahun di penjara, terus dilepas bebas, itu harus kita bantah keras.

Pada saya, dari perspektif seorang pegawai mahkamah, hakikat bahawa seorang bekas PM boleh dipenjarakan pun suatu perkara besar. Bukanlah perkara senang.

Saya pernah cakap banyak kali dulu. Sebelum PRU15. Setiap pemimpin itu pasti ada JASA dan DOSA nya kepada negara. Mereka tak boleh elak jua. Bukanlah maksum atau jahat segala.

Dalam kita membenci, jangan sampai taksub. Taksub sampai tak nampak ada juga jasa dia pada negara.

Untuk kesalahan jenayah, beliau telah dihakimi. 6 tahun penjara itu juga lama.

Pengampunan separuh ini anggaplah tebus jasa beliau kepada negara. Ada juga kiranya, walaupun ramai nak tutup mata.

BACA JUGA Ini 12 fakta pengampunan Najib