Akta kawal selia platform media sosial diperlukan

Malaysia memerlukan akta kawal selia platform media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Kawal selia perlu diwujudkan bagi memastikan platform media sosial mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan selain menjamin hak pengguna terutamanya bagi menjaga sensitiviti maklumat, katanya.

“Sekarang semua platform media sosial (tiada kawalan), tetapi hampir di semua negara (lain) semuanya dikawal. Jadi kami (kerajaan) melihat peraturan khusus.

“Saya tidak akan mengatakan mengharapkan banyak, kita memerlukan peraturan yang lebih baik… keselamatan dalam talian kanak-kanak pertama dan utama, kita (kerajaan) perlu mengawal selia platform ini, supaya mereka boleh mendengar arahan kita,” tambahnya lagi.

Menurut Fahmi kawal selia sudahpun dimulakan di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dimana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap syarikat pengendali media sosial yang melanggar hak pengguna.

“Saya akan adakan mesyuarat dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said selain Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

“Ia berkenaan jawatankuasa teknikal yang ditugaskan oleh jemaah menteri untuk meneliti isu keselamatan dalam talian, terutamanya (melibatkan) kanak-kanak,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam Forum Tech Talk, Malaysian Communication Summit “Charting the Future Together” bersempena Youth Empowerment Fair 2024, lapor Astro Awani.