Malaysia alukan usaha EU ke arah penyelesaian konflik Israel-Palestin

Rancangan Kesatuan Eropah untuk menjadi tuan rumah persidangan keamanan antarabangsa yang akan merangka peta hala tuju ke arah penyelesaian dua negara untuk Israel dan Palestin dialu-alukan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata cadangan tersebut ialah asas untuk menamatkan konflik yang tidak berkesudahan di Timur Tengah ke arah keamananan dan keselamatan di rantau Timur Tengah.

Beliau mencadangkan agar semua pihak diberikan hak bersuara agar keamanan yang kekal dapat dihasilkan.

“Saya berharap kita bolehberikan semua hak bersuara yang kita gunakan sesama sendiri,” kata beliau ketika Mesyuarat Menteri EU-Asean di Brussels, Belgium kelmarin.

Beliau turut menegur betapa undang-undang antarabangsadan Piagam PBB tidak diendahkan dan menyeru agar gencatan senjata dikuatkuasakan.