Sah: Pua disiasat kerana menghasut

Bekas ahli parlimen Damansara Tony Pua akan disiasat dibawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ekoran daripada hantaran yang telah beliau buat dalam laman Facebook berhubung pengampunan Lembaga Pengampunan dan Yang Dipertuan Agong yang membabitkan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kenyataan Pua yang dipercayai menghina institusi diraja.

Razarudin berkata kenyataan Pua menghasut orang ramai membenci dan menghina institusi diraja sedangkan Agong yang hanya menggunakan kuasa mutlaknya selaras dengan peruntukan undang-undang.

Siang tadi, Pua telah meminta ampun dari Pemuda Umno dan berharap bahawa beliau tidak perlu ke Bukit Aman.

Beliau merupakan sebilangan ahli parlimen yang lantang dalam kes SRC dan 1MDB.

Hukuman Najib selama 12 tahun penjara dan denda RM210 juta telah dikurangkan kepada 6 tahun penjara dan denda RM50 juta.

Najib menjalani hukuman ekoran kes SRC.