Syabas Fahmi tegur Hassan

Apabila Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menasihati Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) supaya tidak menjaga tepi kain orang lain, dengan mengkritik parti kawan, menyebabkan Hassan Karim tersinggung sampai dia menyatakan persediaan untuk dikenakan tindakan.

Hassan merasa senak dengan teguran Fahmi itu sehingga minta dia dipecat jika tindakan itu salah. Mungkin Hassan merasa dia tidak perlu ditegur oleh Fahmi yang lebih muda darinya.

Cara Fahmi tegur Hassan itu betul dan perlu diterima dengan baik. Tujuan Fahmi ialah untuk tidak menimbulkan masalah dan menjaga kehormonian kerajaan. Itu kena didafahmi. Teguran itu untuk kebaikan dan bukan menghina, cara pendisplinan ahli.

Hassan sendiri sebagai ahli politik veteran perlu memahami keadaan dan tidak wajar bercakap lebih mengikut rasa hati sendiri. Beliau sepatutnya melihat kiri kanan dan mengesan natijah apa dicakapkan sebelum bercakap.

Semut gatal

Bukan sekali Hassan bertindak terkeluar dari garis politik mencipta kehorminian ini, sudah acap kali. Dia semacam jadi semut gatal pula kepada parti.

Kita tahu dia seorang peguam, yang memegang kejap kepada prinsip keadilan dan kebebasan bersuara. Tetapi apabila berada dalam lembah politik beliau harus lebih menjadi bijaksana dalam menegakkan prinsip peribadinya.

Pada masa dan situasi hari ini kehormonian perlu diuatama lebih dahulu.

Hassan nampak benar-benar tersinggung dengan teguran Fahmi itu sampai dia rela dipecat jika perlu. Teguran Fahmi itu tidak perlu ditafsir sampai ke situ.

Ia adalah untuk kebaikan. Dan kalau Hassan merasa kebebasan bersuaranya sudah terhalang dalam parti, elok sahaja beliau berundur secara terhormat.

Dipersilakan keluar parti

Hassan tidak perlu pun tunggu dipecat, kalau dia merasakan kebebesan bersuara dalam politik PKR sudah dirampas, elok beliau mohon untuk keluar parti sahaja.

Demi menjaga prinsipnya dan mendapat kemerdekaan mutlak untuk bersuara, beliau boleh sertai pembangkang, seelok-selok Pas. Di sana sangat sesuai untuk melakukan tembakan kaki sendiri.

Dan jangan pula kerana yang menegur itu lebih muda daripadanya menyebabkan tersinggung. Ingat pepatah Melayu “kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak.”


Penulis Mohd Sayuti Omar ialah seorang penulis buku dan pemerhati politik yang terkemuka.