Zahid tidak pernah ugut atau beri kata dua kepada saya – PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah diugut mahupun menerima kata dua dari timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Kewangan itu menegaskan, keputusan Lembaga Pengampunan terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama sekali tidak menjadikan kerajaan pimpinannya ‘longgar’ dalam memerangi rasuah.
Ini kerana kata Anwar, pendirian kerajaan dan seluruh ahli Kabinet kekal dalam memerangi rasuah.
“Isu yang dibangkitkan konon-kononnya kita longgar terhadap masalah rasuah. Tidak benar. Proses badan kehakiman diteruskan
“Dan tidak ada ugutan. Zahid ada disini. Dia tidak pernah bagi kata dua pada saya. Tapi ada hak dia atau partinya memohon supaya Perdana Menteri dan Lembaga Pengampunan memberi pertimbangan dengan alasan mereka.
“Suka atau tidak suka, rakan politik atau musuh politik, prinsip keadilan ini dan prosesnya harus kita hormati. Mudah dibicarakan tapi tidak mudah diamalkan. Tapi ini prinsip dia. Mahu jadi ketua ini peranannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.
BACA JUGA Bunuh diri: Kelantan adakan Solat Hajat di Jambatan Tendong pagi ini