Takziah kepada Khalid Samad

Pelbagai pihak menyampaikan ucapan takziah kepada Pengarah Komunikasi AMANAH Haji Khalid Samad, di atas kematian isteri kedua beliau, Puan Salwani Yusof semalam.

Allahyarhamah kembali ke Rahmatullah di HUSM jam 1.15 tengahari semalam dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali malam tadi.

Khalid Abdul Samad menikahi Salwani pada bulan Februari 2022 selepas mendapatkan kebenaran untuk berpoligami daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

Permohonan diluluskan pada bulan Januari di tahun sama selepas Khalid sebagai plaintif bersetuju menunaikan hak-hak isteri pertamanya iaitu Dr. Zaiton Abu Bakar.

Perkahwinan Khalid dan Salwani telah dikurniakan seorang cahaya mata.