Kelantan ada air bersih? Ramai tertanya dari mana kilang Khairul Aming dapat air

Chef selebriti, Khairul Aming menjadi fenomena di media sosial sehingga banyak ulasan ditulis di dinding-dinding Facebook mengenai kejayaannya meraih lebih RM1 juta ketika pelancaran produk keduanya.

Tidak ketinggalan, hantaran ringkas seorang peguam dan aktivis sosial media, Asiah Jalil mengenai sumber air yang diperoleh dua buah kilang Khairul Aming di Kelantan, berjaya menjadi topik hangat yang dibincangkan di sosial media.

Dalam hantaran itu, Asiah bertanya dari mana pemuda berusia 32 tahun itu memperoleh air bersih di Kelantan memandangkan dia pernah menetap di negeri itu dan berdepan masalah bekalan air yang keruh.

“Saya dapat tahu kilang Khairul Aming di Kota Bharu. Saya tertanya-tanya, macam mana kilang dia dapat air yang bersih, tidak keruh dan tidak berkarat. Serius saya nak tahu,” katanya.

“Saya duduk di Kelantan dari tahun 1996 hingga 2002. Air kat Kelantan tak pernah jernih. Walaupun sampai sekarang, sesekali saya ke Kelantan, macam itu juga airnya.

“Tengok video Khairul Aming tunjuk keadaan dalam kilang dia, rasa sejuk mata memandang. Kilang dia sangat bersih, para pekerja sangat menjaga kebersihan,” tambahnya lagi di ruangan komen.

Hantaran itu berjaya mengundang perbincangan ramai dengan ada mengatakan kegagalan kerajaan Kelantan memberikan bekalan air bersih di negeri itu, menyebabkan orang ramai beranggapan Kelantan tiada air bersih langsung.

Selain itu ada yang memberitahu, kerajaan negeri hanya menjaga sektor ekonomi di sana kerana jika tiada pendapatan, ekonomi negeri tidak berkembang.

“Tu kan kawasan kilang, memang kerajaan jaga betul-betul nanti tak ada hasil. Pernah duduk di Pengkalan Chepa, mandi pagi, gosok gigi bau air chorrr.

“Pergi makan tengahari dekat jambatan Pasir Mas, air basuh tangan menitis perlahan, hidangan air kosong sahaja, tu pun warna keroh,” kata pengguna X.

“Kagum gila dengan Khairul Aming, berapa juta mat kawan tu labur untuk air bersih dekat kilang dia. Orang lain putus asa dah kot,”komen yang lain pula.

Meskipun Khairul Aming belum memberikan respons, ada beberapa pengguna menjelaskan bahawa beliau mungkin menggunakan sistem rawatan dan penapisan air industri atau komersial.

Tidak hairan apabila ada orang luar tertanya berkenaan air bersih di negeri itu kerana Kelantan telah berpuluh tahun berdepan krisis air sepanjang ditadbir Pas.

BACA JUGA 1MDB: Saksi paling dinanti-nantikan bakal beri keterangan minggu depan

Â