Raja Charles III kena kanser
Raja Charles III, 76, menghidap kanser, seminggu selepas baginda keluar dari hospital susulan pembedahan prostat, lapor AFP.
Istana Buckingham mengesahkan perkara itu semalam selain memaklumkan baginda kekal positif dan mahu kembali menjalankan tanggungjawabnya secepat mungkin.
“Kebimbangan lain dikenal pasti’ ketika prosedur prostat benign dijalankan di hospital, baru-baru ini, selain memaklumkan baginda sudah memulakan rawatan, namun tidak memperincikan jenis kanser dan tahap kritikalnya,” menurut kenyataan istana.
Katanya, baginda juga akan terus melaksanakan urusan rasmi seperti biasa, walaupun dinasihatkan doktor supaya menangguhkan hasratnya itu.
Dalam masa sama, kenyataan itu menyebut, Charles memilih untuk berkongsi diagnosis kansernya ‘bagi mengelak spekulasi, selain berharap ia dapat membantu pemahaman umum berhubung penyakit itu’.
“Diagnos lanjutan mendapati ia adalah kanser,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Putera Harry memaklumkan sudah berbincang mengenai diagnosis dan akan melawat bapanya.
Suami kepada Meghan yang kini menetap di California, Amerika Syarikat itu dijangka menziarahi bapanya di United Kingdom, beberapa hari lagi, lapor AFP memetik sumber yang rapat dengan Harry.
Charles ditabalkan sebagai raja selepas kemangkatan ibunya, Ratu Elizabeth II, 96, pada 8 September 2022.
Tahap kesihatannya secara umum adalah baik, tetapi mengalami kecederaan akibat sukan polo dan ski.
Bulan lalu, Charles meraih pujian kerana secara terbuka memaklumkan keadaan prostat baginda, selain doktor mengakui lebih ramai masyarakat dijangkiti penyakit itu tampil mendapatkan rawatan selepas pengumuman itu.
BACA JUGA Berhentilah menyusahkan Istana
Â