Kompleks Hospital Raja Permaisuri Bainun baru tampung 404 pesakit

Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh, Perak akan dapat menampung 404 pesakit pada tahap optimum, kata Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau menambah bahawa pembinaan kompleks 10 tingkat tersebut berharga RM 237 juta bermula sejak tahun 2019.

Sebanyak 304 parkir kereta disediakan untuk kemudahan kakitangan dan pelawat

Kementerian Kesihatan turut memperuntukkan RM1.2 juta untuk memperoleh 250 set katil.

Kompleks tersebut telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah semalam.

Dr Dzulkefly turut menyatakan bahawa beliau akur dengan permintaan sultan agar sebuah hospital dibina di Kuala Kangdar dan tender telahpun dikeluarkan untuk tujuan itu.

Â