Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Pengguna lebuh raya yang menggunakan kenderaan persendirian boleh menikmati tol percuma esok dan lusa (8 dan 9 Feb) sempena sambutan Tahun Baru Cina, umum Kementerian Kerja Raya.
Pelaksanaan tol percuma yang dipersetujui oleh Kabinet akan berkuatkuasa di semua tol kecuali di sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupandg di Johor.
Ia akan dilaksanakan semua lebuhraya lain bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 8 Feb dan berakhir pada 11.59 malam 9 Februari.
Ia membabitkan kos kewangan sebanyak RM42.99 juta.