Kes Nik Elin: Tidak kena-mengena dengan Islam terancam

Oleh LIYANA MARZUKI

Esok kita akan tahu keputusan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang memfailkan petisyen bagi mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 Seksyen Kesalahan Jenayah Syariah di bawah enakmen itu.

Sebagai soladiriti dengan mahkamah, saya akan ke Mahkamah Persekutuan sendiri esok pagi, akan bawa siaran langsung kepada anda keputusannya.

Kita sudah dengar pelbagai putar belit mengenai kes ini.

Bagi yang susah nak hadam. Kes ini senang saja sebenarnya.

Tiada kena mengena nak meruntuhkan Mahkamah Syariah atau Islam terancam.

Al-kisahnya, mudah.

Nik Elin dakwa, ketika pandemik Covid-19 lalu, DUN Kelantan sudah bulldoze Undang-undang Syariah yang tidak mengikut prosedur dan melanggar Perlembagaan.

Kalau dibiarkan, membuatkan orang akan cabar tindakan pendakwaan Majlis Agama. Buat penguatkuasaan tiada makna. Itu saja isunya.

Namun, yang mereka canang, nak selamatkan Mahkamah Syariah. Siap buat demonstrasi.

Tetapi, ketika kes di Selangor, mahkamah putuskan perkara yang sama. Tiada pula mereka tunjuk perasaan.

Mentang-mentang masa memerintah, buat dek pula. Itulah peel penunggang agama.
Apa pun kita tunggulah apa keputusan mahkamah.

Pada saya, kes ini akan memperkasakan lagi undang-undang syariah.

Akan ada duluan dan desakan untuk memastikan undang-undang syariah diperkuat dan diharmonikan dengan Perlembagaan. Itu yang patut dilakukan.

Kita jumpa esok, live dari Istana Kehakiman.