Keputusan kes Nik Elin v Kerajaan Kelantan percepatkan reformasi undang-undang syariah

Sekarang ni, jika sesiapa dihukum bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah dalam kesalahan yang bertindih dengan Kanun Keseksaan atau diluar bidangkuasa negeri, pesalah boleh buat semakan kehakiman atas alasan DUN gubal undang-undang melebihi bidangkuasa.

Mereka akan menang juga seperti kes Iki Putra. Kes dahuluan kan dah ada.

Ini bukan cabar Mahkamah Syariah, ini cabaran samada DUN gubal undang2 lebih dari bidangkuasa atau tidak.

Kes Nik Elin bagus sebab selepas kes Iki Putra 2021, Kerajaan kena cepat buat reform kerana cabaran tu akan berulang. Sebab tu PMX tubuh Jawatankuasa. Majis Raja-Raja dah setuju.

Ini yang kerajaan PN dan bekas Menteri Takiyuddin, Idris Ahmad dan Marzuk tak buat walhal berlaku zaman mereka. Sibuk makan Sagon barangkali.

Nak pertahan keadaan sekarang ni pun tak guna sebab kedudukan undang2 tu sendiri memang rapuh dan boleh dicabar lagi.

Hal ini yang PAS sengaja tak jelaskan dan walaun yang ikut pula malas nak berfikir dan suka bermain sentimen.

Lebih teruk lagi, ada yang mula menuduh lawan politik dengan takfiri. Kononnya bencikan Syariah. Sama masa RUU355 dulu.

Berapa banyak kes-kes yang dah dihukum guna Enekmen Jenayah Syariah Kelantan berkaitan 20 kesalahan yang bertindih dengan Kanun Kesiksaan? Ada ke?

Jika ada, kalau pesalah buat semakan kehakiman, mereka mungkin boleh lepas. Ini yang berlaku dalam kes Iki Putra dan boleh berlaku pada kes2 masa depan.

PMX akan perbaiki pentadbiran undang-undang syariah. Insya Allah.


Oleh Ahmad Mursi