‘Cerita ekonomi tak ada, dia cerita badan orang’
Seorang tentera siber pro Perikatan Nasional (PN), Papagomo nampaknya sudah kehabisan modal apabila sibuk membangkitkan isu tubuh Perdana Menteri.
Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris bahkan mengaitkan fizikal itu dengan penyakit HIV.
Bagaimanapun rata-rata warga maya mengecam lelaki berkenaan yang tahun lalu sudah disiasat polis berhubung satu hantaran video secara langsung.
“Cerita ekonomi tak ada, dia cerita badan orang.
“Hahaha desperate sangat kau bro bila jadi tin kosong! Yang sebenar-benar pondan tu kau… cakap anak jantan tapi bacul.
“Aku rasa otak dia dah tak sihat. Elok pergilah ‘check’… kesian tengok dia.. nampak sangat terdesak untuk hidup. Macam-macam dia buat fitnah. Zaman mahathir pun sama.
“Ingatlah baik-baik. Kifarah tidak akan salah alamat. Tunggu je giliran kau orang… cepat atau lambat, itu kuasa Allah yang tentukan!
“Sampai fizikal badan pun jadi bahan tak puas hati kau ye?!
“Mudah mudahan penyakit tu berbalik kepada kau wahai papagomo kaki fitnah,” demikian antara kecaman netizen kepada Papagomo.