Hukuman takzir manakah lebih dilihat ‘mencegah’?
Ini perbandingan 16 hukuman antara Persekutuan dan Enakmen Kelantan yang menjadi kontroversi baru-baru ini.
Kedua-duanya adalah hukuman takzir, bukan hukuman Hudud atau Qisas.
Namun, pembangkang dilihat tidak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.
Malah, penyokong pembangkang juga bertindak mengikut emosi dengan mengeluarkan pandangan tidak berasas.
Antara peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang diisytiharkan Mahkamah Persekutuan sebagai batal dan tidak sah adalah Seksyen 11 iaitu memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat, kesalahan liwat (seksyen 14) dan persetubuhan dengan mayat (seksyen 16).
Berikut perbandingan 16 hukuman antara Persekutuan dan Enakmen Kelantan: