Serangan peribadi ke atas Nik Elin makan diri

Oleh NORMAN RADZUAN

Saya tidak mahu ulang untuk mengulas kes yang dibawa Nik Elin di mahkamah sebab semua yang mahu memahami isu ini boleh mendengar dan membacanya dalam pelbagai hujah di media sosial.

Cuma saya menjadi geram apabila pemimpin-pemimpin pembangkang tanpa segan silu dan tanpa rasa berdosa spin fakta kes ini.

Saya ingat dengan fakta keputusan di mahkamah dapat menutup putar alam pemimpin pembangkang, rupanya tidak malah semakin menjadi-jadi.

Pastinya kerana mereka lihat tiada tindakan dibuat ke atas mereka.

Fitnahlah pagi petang siang malam bukan boleh kena saman, bukan boleh kena masuk penjara. Itu saya lihat kelemahan dari pihak berwajib.

Dari org bawah hinggalah pemimpin utamanya Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bukan sahaja mengelirukan tetapi dgn niat memfitnah keputusan mahkamah.

Persoalannya adakah mahkamah mahu mengambil tindakan atau bila pihak berkuasa mahu menggunakan Akta Hasutan?

Bila pemimpin2 mereka spin cerita akhirnya pengikut jadi keliru.

Ramai juga pengikut membuat content yg jelas mereka tidak faham tapi nak tunjuk terpaling Hakim bila mengaitkan isu ini dgn hukum hudud.

Mereka tidak faham walaupun ia Mahkamah Syariah tetapi hukuman itu ialah hukuman takzir yg dicipta manusia bukan Tuhan.

Malah dilihat dari segi hukum… hukum sivil lebih berat dari hukum Syariah.

Malangnya org kita bila dgr Mahkamah Syariah mereka ingat ia hukum Tuhan.

Bertebaran di media sosial undang2 Sivil gunakan undang2 bertulis dan Syariah gunakan undang2 Allah. Ini akibat agenda membodohkan rakyat.

Mana tidaknya Ustaz Fawwaz Mat Jan mengulas..”Apabila hukum Tuhan tidak diikuti habis caca marba negeri kita.” Saya tidak tahu samada Ustaz ini tidak faham isu atau sengaja mahu tunggang agama dlm kes ini.

Apa itu hukum takzir? Hukuman takzir adalah hukuman yg tidak ditentukan dan ditetapkan kadarnya oleh syarak Al Quran dan Hadis. Ia adalah hukuman yg dibuat di DUN Kelantan sahaja.

Kata seorang lawyer kpd saya, “ Ala aku mudahkan faham utk org yg bukan dlm bidang guaman.

Dia camni dorang macam copy paste dgn undang sivil, cuma tukar hukuman dan sb itu berlaku pertindihan. Itu yg tgk hukuman syariah pula lebih ringan dari sivil.”

Golongan ini bangga dpt membodohkan rakyat sepertimana Inggeris bangga membodohkan org Melayu suatu ketika dahulu.

Golongan ini suka org Melayu bodoh supaya mereka boleh jadikan rakyat benteng utk berkuasa.

Hingga rakyat yg dibohong keliru. Dpt kita lihat mereka menulis Islam terancam, angkara Cina Dap, hukum Allah ditentang, lawan Sultan Kelantan, Hakim murtad dan bermacam mcm lagi yg isu sebenar tiada kena mengena dgn hukum Allah.

Mulalah mereka menyerang peribadi Nik Elin dikatakan pengikut SIS ( Sister In Islam), tidak menutup aurat, pendokong Islam Liberal dan penyokong PMX.

Saya kata mereka masuk perangkap kerana beranggapan Nik Elin adalah penyokong PMX atau kerajaan Perpaduan.

Saya sejujurnya tidak bersetuju serangan peribadi tersebut. Saya hanya bersetuju dgn Nik Elin isu ini atas faktor fakta.

Akhirnya terbongkar Nik Elin adalah ahli Muafakat Nasional yg ditubuhkan Annuar Musa seperti tersebar di Medsos. Siapa Annuar Musa… pimpinan Pakatan Nasional yg bersama dgn PAS.

Harap pihak media bertanyakan status Nik Elin kpd Annuar Musa, benarkah seperti didakwa Nik Elin adalah ahli Muafakat Nasional yg menyokong PN. Org PN pula apa komen anda andai Nik Elin sebahagian dari anda jika benar keahliannya itu.

Saya juga ingin cabar Takiyuddin utk berdebat dgn Azalina isu ini. Saya cabar Wan Fayhsal berdebat dgn Fadlina Sidek dlm isu ini dan saya cabar Ustaz Fawwaz berdebat dgn Dr Rozaimi secara intelektual.

Saya syorkan mana2 Podcast seperti ‘ Keluar Sekejap’ dan lain2 menjadi host utk debat tersebut.

Jika pemimpin pembangkang ini berani mempertahankan hujah mereka dalam debat tersebut bahawa mahkamah telah menghina hukum Allah dan tiada hukuman utk penzina & peliwat lagi kerana kemenangan Nik Elin.

Jika mereka boleh buktikan saya sendiri akn sertai PN.

Tanya saya mereka tidak akan berani sahut cabaran ini sb mereka tidak mahu tembelang mereka pecah.

Mereka hanya berani berhujah dgn pengikut mereka kerana tahu pengikut yg dibodohkan tidak berani bertanya dan berdiskusi secara kritikal isu2 begini.

BACA JUGA Bukan hanya walaun, Mahiaddin pun jahil rupanya kes Nik Elin