Tangkap geng tabur fitnah, bukti ‘planta’ hanya rekaan dah ada
Orang ramai mendesak supaya mereka yang terlibat dengan fitnah ‘planta’ yang bertujuan menjatuhkan maruah PMX ditangkap.
Hal ini memandangkan bukti bahawa cerita itu hanya rekaan semata-mata sudah ada dan diakui sendiri oleh ‘cytro’ yang memusuhi kerajaan Madani.
Malah, identiti individu yang dinamakan sebagai Farish turut mereka dedahkan selepas menyedari mereka sendiri tertipu dengan fitnah itu.
“@fahmi_fadzil, @saifnasution kasi tangkap yang buat fitnah ni. Bukti dah ada.
“Masing-masing memang perangai jahat, jauhilah mereka.
“Ni dah kira berat kerja fitnah. Pihak berkuasa @PDRMsia, @MyJAKIM, @DSDrNaim, @saifnasution, benda ada bukti dan video tak kan masih senyap lagi… @fahmi_fadzil.
“Aku agak berpuas hati dengan kekacauan puak ni. Memang naratif baru – ‘planta’ ni memang terang-terang cerita fitnah. Tapi masalahnya orang kampung aku di Kelate ni percaya, sampai jadi topik bualan kedai kopi. Ini pengakhiran buruk untuk salim sarbu.
“Harap mereka ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal,” demikian komentar warga maya di laman X.
BACA JUGA ‘Cytro’ PN mengaku isu ‘planta’ hanya rekaan untuk hina PMX