Jasmine Loo saksi pendakwaan dalam kes Najib hari ini

Mantan peguam 1Malaysia Development Berhad Jasmine Loo Ai Swan akan dibawa ke mahkamah hari ini sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nama Loo kerap disebut di dalam perbicaraan kes penyalahgunaan dana RM2.3 bilion 1MDB.

Loo dikatakan merupakan proksi Low Taek Jho.

Sejurus selepas pilihan raya umum ke-14, Loo menjadi orang yang dikehendaki pihak berkuasa.

Loo telah ditahan pada 7 Julai tahun lalu. Dia telah bekerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Dia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

Loo adalah saksi penting dalam kes membabitkan pemindahan dana berjumlah US$681 dari Tanore Finance Corporation kepada akaun persendirian Najib.

Najib berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion dari 1MDB dan 21 tuduhan penggubahan wang haram.