MB Johor umum rombakan barisan exco negeri

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan rombakan barisan exco negeri Johor, menerusi laman Facebook.

Onn telah mengambil alih portfolio pelancongan daripada K Raven Kumar (BN-Tenggaroh).

Raven sebelum ini ialah exco pelancongan, alam sekitar, budaya dan warisan. Beliau kini mengekalkan portfolio budaya dan warisan dan tambahan portfolio perpaduan.

Adun Tanjung Surat Aznan Tamin menggantikan Adun Johor Lama Norlizah Noh sebagai exco pendidikan dan maklumat. Kedua – dua mereka dari Umno.

Kerajaan negeri Johor terdiri daripada anggota BN – Umno, MCA dan MIC.