Pendengaran kes Mahathir lawan Ahmad Zahid ditunda; Mahathir di IJN
Pendengaran kes saman bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah ditunda.
Kes saman ini adalah berkaitan penggunaaan nama ‘Kutty’ oleh Zahid terhadap Dr Mahathir.
Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi memberitahu pesuruhjaya kehakiman Gan Techiong bahawa Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara.
Mior menyatakan bahawa IJN telah mengemukakan surat pengesahan bahawa Mahathir tidak sihat untuk menghadiri perbicaraan.
“Beliau cuti sakit hingga hari Sabtu. Kami akan memohon tarikh perbicaraan baharu,” kata Mior.
Mahathir telah dimasukkan ke hospital pada 26 Jan.
Gan memutuskan bahawa Mahathir akan memberikan keterangannya pada 19 Julai. Tarikh perbicaraan lain termasuk 26 dan 27 Ogos dan 29 dan 30 Oktober.
Mahathir mendakwa Zahid memfitnahnya dalam mesyuarat bahagian Umno pada 30 Julai 2017.
Mahathir mendakwa kenyataan Zahid memberi gambaran bahawa Mahathir bukan Melayu, bukan Islam dan nama sebenarnya adalah Mahathir a/l Iskandar Kutty.
Zahid dalam kenyataan pembelaan berkata ia adalah berdasarkan maklumat salinan kad pengenalan lama.