Warden sekolah agama di Kelantan didapati bersalah rogol, liwat pelajar

Warden asrama sekolah menengah agama Pasir Mas Muhammad Nursalam Hazeman 30, telah didapati bersalah Mahkamah Majistret Pasir Mas terhadap lima pertuduhan merogol dan meliwat dua pelajar perempuan pada Julai dan Ogos.

Nursalam, 30 telah didapati bersalah merogol dua pelajar perempuan, seorang berumur 13 tahun yang dirogol tiga kali dan seorang pelajar berumur 14 tahun yang dirogol dan diliwat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa merogol remaja berusia 14 tahun pada 3, 10, 17 dan 24 Julai di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat, 2.30 petang.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan disebat.

Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii pada 3 petang di lokasi sama pada 1 Ogos.