Dua menteri diterima mengadap Agong
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menerima mengadap dua menteri kabinet hari ini.
Menteri pertama yang diterima mengadap ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
Sesi mengadap ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Menteri kedua yang mengadap Agong ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud turut menghadiri sesi mengadap ini.
Perkara ini telah disiarkan di laman Facebook Sultan Iskandar.