Kedah kaji kesan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas syariah negeri

Kerajaan negeri Kedah telah membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji kesan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap enakmen jenayah syariah Kelantan dan kesannya terhadap enakmen syariah Kedah.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata jawatankuasa tersebut akan mengkaji langkah seterusnya yang perlu diambil kerana terdapat tujuh peruntukan yang menyerupai peruntukan Kelantan yang diisytiharkan sebagai sebagai melanggar perlembagaan.

“Jawatankuasa tersebut terdiri daripada penasihat undang-undang negeri, setiausaha kerajaan negeri dan pihak lain yang relevan.

“Mereka akan melihat apakah langkah yang perlu diambil kerana tujuh seksyen di bawah enakmen jenayah syariah negeri serupa dengan Kelantan.

“Pendakwa raya tidak akan mendakwa menggunakan seksyen berkenaan kerana pihak pembelaan akan menggunakan keputusan (Mahkamah Persekutuan) dan mencabar kes pendakwa raya.

“Ini juga akan memberi kesan kepada negeri lain, bergantung jumlah peruntukan yang menyerupai Kelantan.

“Kita mahu memperkukuhkan undang-undang syariah negeri dan kita akan cari langkah segera yang boleh diambil akan undang – undang syariah diperteguhkan dan tidak tunduk kepada undang-undang sivil,” kata Sanusi.

Baru-baru ini Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (I) 2001 terbatal.