Polis terlebih BMI diarah jalani latihan jasmani

Polis di ibu negara yang mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) berlebihan diarah menjalani latihan jasmani dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, kemungkinan terdapat dua hingga tiga peratus daripada 10,000 anggota dan pegawainya mempunyai masalah berat badan.

“Saya sentuh keperluan kesihatan, khususnya BMI pegawai dan anggota supaya dalam keadaan sihat.

“Kesihatan, BMI dan berat badan, ada prosesnya untuk dilalui anggota dan pegawai.

“Tak ramai, mungkin dua hingga tiga peratus daripada 10,000 pegawai dan anggota (berat berlebihan), polis perlu cergas kerana tugasnya mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Allaudeen juga mengingatkan bahawa antara cara untuk menghadapi tekanan dan cabaran adalah dengan kesihatan baik dan kecergasan.

“Saya harap mereka bebas penyakit dan nampak segak berpakaian seragam,” tambahnya lagi.

BACA JUGA Pemuda AMANAH kesal tindakan persenda mahkamah syariah, buat laporan polis

Â