Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) telah dibentuk

Kerajaan telah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian tuntutan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, tujuh orang pesuruhjaya RCI telah dilantik.

Mantan ketua hakim negara Tun Md Raus Sharif dikantik sebagai pengerusi RCI manakala mantan hakim mahkamah persekutuan Tan Sri Datuk Zainun Ali ialah timbalan pengerusi.

Baki lima ahli RCI ialah seperti berikut:

Pengamal undang-undang Datuk Dr Baljit Singh Sidhu
Mantan dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Profesor Dr Johan Shamsudin Sabaruddin
Pakar undang-undang perlembagaan dan undang pentadbiran Profesor Datin Dr Faridah Jalil
Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk Mohammad Ridha Abdul Kadir
Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia Dickson Dollah

RCI ini akan meneliti kembali tuntutan tersebut kerana perdana menteri terdahulu Tun Dr Mahathir Mohamad enggan meneruskan usaha tuntutan.

Dua dari tiga kawasan yang dinyatakan itu kini sebahagian daripada Singapura.