Syarat-syarat untuk menjadi tapak warisan sedunia
Secara umumnya terdapat 10 syarat untuk sesebuah tapak dipilih dan dimasukkan ke dalam senarai warisan dunia.
Tapak yang dicadangkan perlu memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada 10 syarat tersebut.
Malaysia mempunyai empat tapak warisan UNESCO.
Berikut adalah 10 syarat untuk menjadi tapak warisan sedunia.
- hasil ciptaan kreatif yang agung.
- mempamerkan nilai kemanusiaan penting dalam tempoh waktu atau dalam budaya kawasan tersebut, perkembangan senibina dan teknologi, karya yang hebat, perancangan bandar atau reka landskap.
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu bukti tradisi budaya atau tamadun hidup atau yang telah hilang.
- Contoh unggul bangunan, senibina, teknologi atau lanskap yang menunjukkan tahap-tahap penting dalam sejarah manusia.
- Contoh unggul penempatan tradisional manusia, penggunaan tanah atau laut yang mempamerkan budaya, interaksi manusia dengan alam sekitar terutamanya yang terancam kerana kesan yang tidak dapat diubah.
- Dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan tradisi, idea, kepercayaan dan terdapat hasil penulisan atau karya yang mempunyai nilai sejagat yang menyerlah.
- Mengandungi fenomena semulajadi unggul atau kawasan dengan keindahan semulajadi.
- Contoh unggul yang mewakili tahap utama dalam sejarah bumi termasuk rekod hidup, proses geologi berterusan dalam pembentukan kawasan atau ciri geomorfi atau fisiografi.
- Contoh terkemuka yang menunjukkan proses ekologi dan biologi di dalam evolusi pembangunan ekosistem marin, teluk, air segar haiwan dan tumbuhan.
- Mengandungi habitat semulajadi penting untuk pemuliharan pelbagai biologi termasuk spesies terancam dari sudut sains dan pemuliharaan.
AKAN DATANG: Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia