Syarat-syarat untuk menjadi tapak warisan sedunia

Secara umumnya terdapat 10 syarat untuk sesebuah tapak dipilih dan dimasukkan ke dalam senarai warisan dunia.

Tapak yang dicadangkan perlu memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada 10 syarat tersebut.

Malaysia mempunyai empat tapak warisan UNESCO.

Berikut adalah 10 syarat untuk menjadi tapak warisan sedunia.

  1. hasil ciptaan kreatif yang agung.
  2. mempamerkan nilai kemanusiaan penting dalam tempoh waktu atau dalam budaya kawasan tersebut, perkembangan senibina dan teknologi, karya yang hebat, perancangan bandar atau reka landskap.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya satu bukti tradisi budaya atau tamadun hidup atau yang telah hilang.
  4. Contoh unggul bangunan, senibina, teknologi atau lanskap yang menunjukkan tahap-tahap penting dalam sejarah manusia.
  5. Contoh unggul penempatan tradisional manusia, penggunaan tanah atau laut yang mempamerkan budaya, interaksi manusia dengan alam sekitar terutamanya yang terancam kerana kesan yang tidak dapat diubah.
  6. Dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan tradisi, idea, kepercayaan dan terdapat hasil penulisan atau karya yang mempunyai nilai sejagat yang menyerlah.
  7. Mengandungi fenomena semulajadi unggul atau kawasan dengan keindahan semulajadi.
  8. Contoh unggul yang mewakili tahap utama dalam sejarah bumi termasuk rekod hidup, proses geologi berterusan dalam pembentukan kawasan atau ciri geomorfi atau fisiografi.
  9. Contoh terkemuka yang menunjukkan proses ekologi dan biologi di dalam evolusi pembangunan ekosistem marin, teluk, air segar haiwan dan tumbuhan.
  10. Mengandungi habitat semulajadi penting untuk pemuliharan pelbagai biologi termasuk spesies terancam dari sudut sains dan pemuliharaan.

AKAN DATANG: Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia